Thursday 26 January 2012

Madah-Madah cinta


Cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, ada pintu sayang dan pintu rindu. Tapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati -- HAMKA

Andai tiada penawar berbiasa jangan mencari cinta manusia. jika kehadirannya tanpa diduga bererti Allah ingin menduga dan bercintalah keranaNya. Yakinlah Allah mengerti segalanya.

Berkawanlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang.

Ada cinta tiada kejujuran ada kasih sayang tiada kesetiaan ada keikhlasan tiada keluhuran ada kebahagian tiada keserasian tapi kalau ada ASTRO macam-macam ada.. hehe



Mengenalimu 1 kesyukuran, bergurau denganmu 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan.. 1 permintaanku semoga persahabatan kita berpanjangan

Sahabat - itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan, dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan. dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah.

Utk mengecapi manisnya syurga Allah, kau harus melalui jalan yang terhampar onak duri, janganlah gentar, pijaklah duri2 itu biarkahlah kakimu terluka kerana Al-Firdausi itu menjanjikan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi.

Secebis kasih membuat kita sayang, secubit mesra menumbuh rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya, sedikit dusta membuat kita terluka, namun secalit ukhwah selamanya akan terasa.





Semanis pertemuan, seindah kenangan, semaian kasih, tuaian ukhwah, memori diabadi sepanjang zaman, mardhatillah menaungi, direstui Allah. semoga sentiasa diberkatinya.

Pandangan mata ialah anak panah beracun dari anak panah syaitan. Siapa yang menghindari kerana takutkan Allah, ia akan dikurniakan Allah iman yang manis dihatinya hingga kiamat - Al-Hakim

jadilah seperti golongan Muttaqin yang setiap detik bibir basah dengan asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki.

Allah sentiasa mahu yang terbaik buat hambaNya. Kita tak pernah memilih, tapi Dia yang pilih untuk kita. Beruntunglah kamu, anda kamu adalah pilihan Allah!



Karamkan diirmu dalam lautan zikir, rebahkan dirimu ke dada solat, tingkatkan diri dengan amalan sunat. Nescaya dirimu akan beroleh berkat dan rahmat.

Mengenali orang lain adalah 1 kepintaran, mengenali diri sendiri adalah 1 kebijaksanaan, menguasai orang lain adalah 1 kekuatan, menguasai diri sendiri adalah 1 keyakinan.

Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu.

Tiada KEIKHLASAN tanpa KEJUJURAN, tiada KEMESRAAN tanpa KASIH SAYANG, tiada CINTA tanpa AIR MATA, tiada DUKA tanpa SENGKETA, tiada RAHMAT tanpa IZINNYA.!

Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati.

Do u know what is love? Without love someone can g crazy, without love someone can be lonely, everyone happy with their lover and remember our lover forever ALLAH SWT

Cantik wajah pada nur iman, cantik tubuh pada mulia akhlak, cantik lisan pada iklas bicara, cantik minda pada dalam ilmu, cantik jiwa pada teguh taqwa, cantik ruh pada semuanya!

Ingatlah ini sebagai panduan dan cuba amalkan : puasalah dihari yang panas terik demi menhadapi hari kebangkitan. Tunaikan solat 2 rakaat diwaktu malam untuk menghadapi kesunyian kubur. Tunaikan ibadat haji untuk menghadapi peristiwa2 yang gawat. Hulurkan sedekah sambil merahsiakannya dan tuturkanlah kebenaran dari mengungkapkan kebatilan.

Apalah erti gembira kalau tiada duka, apalah erti bahagia kalau tiada syukur, apalah erti iman kalau tiada taqwa, apalah erti insan kalau tiada Allah disisi.

Cinta membuat kita istimewa, rindu membuat kita terbayang, sayang membuat kita bahagia, terluka membuat kita merana, tapi persahabatan bermakna selamanya.

Jika sekali bercinta biarlah sekali itu bercinta, jika gagal kali pertama, yakinilah untuk mencuba yang kedua dengan hati ikhlas. Jika gagal lagi kali kedua, yakinilah bahawa cinta2 itu terpahat di satu sudut yang sukar untuk dilalui.. tapi jika dapat memilikiNya maka tiada yang lebih indah dari sebelumnya. 

Ukhwah ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun,takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa. Sedetik di mata, selamanya di jiwa.

Persahabatan adalah anugerah - Membuat Kita Tertawa -Menangis - Menerima - Memberi - dan - yang paling penting - ia mambuat kita - MENGHARGAI HIDUP
!

Pembangunan memerlukan ilmu sebagai nadinya dan ilmu memerlukan keyakinan sebagai tunjangnya, keyakinan memerlukan kepercayaan sebagai asasnya seterusnya kepercayaan memerlukan agama sebagai jalannya.

2Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah, KETAWA itu lambang kelalaian, selalu dilakukan hati akan mati, dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

INGATI bila sunyi, RINDUI bila jauh, FAHAMI bila keliru, NASIHATI bila leka dan MAAFKAN bila terluka. Alangkah indahnya UKHWAH bila segalanya kerana DIA.

Andai bertemu sapalah aku, Andai tersilap bimbinglah aku, Andai berduka khabarkan padaku, Andai berpisah kenanglah daku, Andai Khaliq menjemputku ziarahilah pusaraku.

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan - Yahya bin Muadz

Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang. Ujian hidup baginya fitrah sebagai mehnah, didikan terus dari Allah sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa.



Sesungguhnya orang yang beramal dan berjuang tanpa didasari dengan ilmu, maka dia akan membuat lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan - Umar Abdul Aziz

Orang yang beriman selamanya cinta kepada Allah. Semakin menebal keimanannya semakin mendalam perasaan cintanya. Jika sudah dilamun cinta, di matanya sering terbayang akan apa yang dicintainya..

Serendah2 nilai persahabatan ialah salamatus sadri (bersangka baik) dan setinggi2 persahabatan ialah Ithar (pengorbanan)



Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan. Dalam ukhwah teruji ketulusan, dalam tawakal teruji keyakinan hidup. Amat Indah jika segalanya kerana Allah.

Moga iman perisai kemuliaanmu, moga taqwa menjadi benteng peribadimu. Moga syahid milikmu,agar tenangnya jannatunNaim persemadian yang abadi untukmu.

Kiranya tiada cinta insani untukmu,cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai ALLAH sebagaimana cintamu kepadaNya.

Cinta manusia itu sifatnya sangat rendah.. tidak kekal (berubah2 dengan masa) berasaskan nafsu dan tidak hakikat sedangkan cinta ALLAH SWT sifatnya sangat tinggi(tidak berubah dengan masa) berasaskan hati nurani yang bersih dan bertaraf hakikat.

Orang yang BODOH ialah orang yang tidak menyiapkan bekalan untuk akhirat dan merasakan diri mudah mendapat SYURGA tanpa sebarang AMALAN.

Ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi supaya ia bencikan sesuatu yang remeh, ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia bencikan kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara - Abd Wahab 'Azzam

 Jadikan AL QURAN sebagai teman sejati, ZIKRULLAH sebagai penghibur hati, SOLAT sebagai pendinding diri dan TAQWA menjadi baja dalam taman hati.

No comments:

Post a Comment